Pre-tour Promo Video untuk YAZER: Rock Steady Tour, Julai 2011

Thursday, July 14, 2011

Peta untuk ke Showcase

Assalamualaikum, semua! Alhamdulillah, semua persiapan untuk showcase esok selesai. Terharu tak terkata, ada juga family aku dari Sabah yang sanggup turun untuk support aku!!! Alhamdulillah!!!
Anyway, ada sedikit kesilapan teknikal yang mungkin mengelirukan lokasi showcase tu nanti. Confirm, di Black Box, Map@Publika, Solaris, Dutamas. Petanya aku dah upload kat fanpage FB aku: www.facebook.com/YazerYusof.
Jumpa di sana ya!!!! ROCKSTEADY!!!!!!

Wednesday, July 13, 2011

YAZER MERCHANDISE :: RAJA&HAMBA ALBUM + BATCH & T-SHIRT (6 design) in Yazer Showcase at Map KL, 15 Julai 2011 ini!!

YAZER : RAJA DAN HAMBA ALBUM RM21.90


YAZER "YZR" BADGE : RM5.00







YAZER T-SHIRT (6 design) : RM25.00





















Semua akan dijual di showcase aku esok malam. Jumpa disana, ya!

Tuesday, July 12, 2011

SHOWCASE di MapKL, Solaris

Permulaan baru untuk aku. Album sulung aku, "Raja dan Hamba" sudahpun direlease. Alhamdulillah. Sekarang ni, untuk merasmikan kedatangan album aku, terimalah, sahabat-sahabat semua, Yazer: Raja dan Hamba SHOWCASE. Diharap semua dapat hadir memeriahkan lagi suasana. ROCKSTEADY!!!! Mari kita gegarkan KL!!


Monday, June 27, 2011

TOUR DITANGGUHKAN

Berat hati aku nak katakan ni... Tapi aku perlu bgtau kauorg semua yg tour aku, terpaksa ditangguhkan. Sedih, mmg sedih. Kerja yg dibuat utk menyempurnakan tour aku ni selama ni, terbang begitu saja. Dan yg paling menyedihkan ialah tour ni ditangguhkan diatas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan. Dah bkn rezeki utk tour aku dilangsungkan bulan Julai ni, nak buat macamana. Takpa la, aku redha, aku terima. Insyaallah, Dia ada perancangan yg lebih elok utk aku.

Berita baiknya pulak:
15hb Julai ni, aku akan adakan showcase pre-tour di MapKL Solaris. Kiranya, lepas geram tour ditangguhkan, aku akan perform jugak di KL. Tunggu la, akan aku gegarkan KL mlm tu nanti! Hehehehe...
Untuk dptkan tiket, buat masa ni, kauorg boleh contact sama organiser aku, menerusi Twitter dia, @LishaZulkepli. Tiket akan dijual utk RM30. Dan pada mlm tu jugak, akan aku jual sebanyak mana merchandise yg aku ada buat sekarang ni. Ada tshirt, poster, dan barang barang eksklusif yg lain.
Jadi, datanglah beramai-ramai, support la aku. Tunjukkan pada mereka-mereka yg tak percaya, yg muzik rock di Malaysia ni belum mati lagi. Join aku hidupkan semula muzik untuk generasi kita ni. Insyaallah, kita mampu mengubah persepsi diorg suma. ROCKSTEADY!!!

Oh, dan lagi satu. Walaupun aku masih dlm perbincangan sama organiser aku untuk tarikh dan tempat dimana tour aku ditangguhkan tu, yg aku boleh kongi sama korg ialah tour tu akan berlangsung selepas raya nanti. Jumpa suma nanti!

Tuesday, June 21, 2011

Universal Music Malaysia Cocktail Part and Showcase

Malam tadi calltime jam 12 pagi aku ke Crowne Plaza Hotel di KL untuk sound check " Universal Music Malaysia Cocktail Party and Showcase" Fuh!...Berbuih mulut aku nk sebut!!!...Hahaahha...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Tak sabar rasanya nak jumpa 30 peminat aku yang akan hadir esok ni!!!...Selamat, Raja dan Hamba sekalian!!...

Friday, June 17, 2011

Tarikh tour

Untuk pengetahuan kauorg semua, tarikh tarikh yg sebelah kiri ni dah confirm!!...ALHAMDULILLAH!!..Aku pening campur seronok campur gemuruh.....sebenarnya aku tak sbr nk mulakan tour ni...Tak sabar nk jumpa kau org semua yg selama ni menyokong aku walaupon lama menunggu album aku keluar..Tahniah da ribuan TERIMA KASIH pd kauorg semua...Aku nak jumpa kauorg semua, bergambar, berbual, bertukar pendapat dan semau ni InsyaAllah aku dpt buat nnti waktu tour aku nnti.....Jumpa di sana!!!!!

Kejutan tour

Aku ada berita baik utk kauorg semua!!...Ade beberapa kejutan yg bakal menanti kauorg waktu tour nnti...Mungkin ada yg tau opening act aku waktu aku di Penang,Ipoh dan Johar Bahru nnti ialah adik beradik Luncai jugak, band dari singapura, ARYAN....ARYAN ni mmg best!!!...diorg mmg ROCK STEADY!!...TAPI selain dari ARYAN....Jeng Jeng Jeng.....Kauorg tggu je lah...MUNGKIN ada kejutan dari sahabat lama aku dari AF...MUNGKIN ada artist baru yg tetap ROCK STEADY yg aku nk kauorg dgr lagu diaorg....MUNGKIN ada artis otai yg turut menjayakan tour aku nnti....InsyaAllah...