Pre-tour Promo Video untuk YAZER: Rock Steady Tour, Julai 2011

Wednesday, May 18, 2011

BiPop di Berita Harian

Tadi aku ke Berita Harian untuk sesi temubual untuk slot BiPop. Pening aku fikirkan apa nak pakai yang bersesuaian dengan imej Rock aku ni. Nasib baik ada sponsor dari Uptown Avenue yg bagi pakaian ROCK untuk sesi-sesi promotion aku sekarang ni. Alhamdulillah...

Sampai kat sana tadi, aku terselisih sama bro Yus dan Taukey dari kumpulan Jambu, Maharaja Lawak Malaysia. Seronok sangat dapat jumpa diorg!! Diorg la idola kelakar aku buat masa ni!! Hahahaha! Pecah perut aku dibuatnya...

Lepas tu, sesi temubual dan penggambaran dalam studio pun bermula. Alhamdulillah!

Ha, nak tahu apa yg diorg tanya aku tadi, belilah suratkhabar nanti ye?! Hehehe...





Rock Selamba di Muzik FM

Maaf, dh lama aku tak update blog ni... Sibuk dengan promo media untuk "Raja dan Hamba" kebelakangan ni.

Haritu, aku dijemput untuk slot "Rock Selamba" oleh Muzik FM. Jam 3 hari Rabu lepas aku ke udara, kauorg ada dengar tak??? Hehehehe...

DJ Ritz dan DJ Kroll mmg ROCK STEADY!! Ini kali kedua aku dijemput ke sana. Siap ditunjuk lagi pada aku gambar aku waktu aku ke sana kali pertama dulu! Aduh, berisinya aku waktu tu!!! Alhamdulillah, dengan aktiviti bersukan ytang aku amalkan sekarang ni, dapat la aku kawal berat badan aku! Penting tu, naikkan stamina untuk menyanyi dan lompat-lompat atas stage nanti!!! Hehehe...

Terima kasih kepada Muzik FM kerana menjemput aku. Seronok aku berbual sama kauorg! Jemput la lagi, ye? Hehehehe....




Monday, May 9, 2011

Malaysia Hari Ini

Pagi tadi aku ke TV3 lepas sarapan di Bandar Utama, untuk siaran MHI. Aku nyanyikan lagu versi akustik "Kau Masih" ngan "Spektakular". Naik gila aku, dh la belum tidur lagi tu!!! Hahaha... Nasib baik aku pulihkan semangat, berdoa, hilang la ketar utk sesi interview dan nyanyian aku tu!!! Alhamdulillah!!!

Terima kasih kepada MHI kerana sudi menjemput aku. Sound kauorg mmg best!!! Mudah-mudahan dgn siaran tadi, ramai lagi yg dtg ke sini utk mengetahui lebih lanjut ttg tour aku tu nanti. Insyaallah...

Rabu ni, aku ada interview di Suria FM jam 3 ptg. Dengar, jgn tak dgr!! Hehehehe...




Tuesday, May 3, 2011

Video Persembahan Di Hard Rock Penang

INI VIDEO AKU WAKTU PERSEMBAHAN UNTUK SPIDER DI HARDROCK PENANG ITU HARI!! TERIMA KASIH BUDIEY.COM..KAUORG YG LAIN..ENJOY!!! ROCK STEADY!!!
DAN, AKU HARAP, PERSEMBAHAN INI AKAN DIATASI DENGAN PERSEMBAHAN YG AKAN AKU BUAT UNTUK TOUR NANTI! AWAS SEMUA!!! HEHEHE..

Monday, May 2, 2011

Berhenti Sekejap di PerakFM

29 April 2011

Mengembara dari Penang-PerakFM. Kitaorg gamble,dgn xde temujanji. Kitaorg di sambut baik dgn staff2 di situ.Terima kasih pada DJ Mim dan DJ Wanis sebab bagi peluang kitaorg buat promo utk org2 kat Perak. 100% komitmen aku bagi walaupun lidah kerasssss!!! menyebut lorat Perak....so pd peminat aku kat Perak,dengarkan single terbaru aku "Kau Masih" di PerakFM...untuk kome aje!!!! Hahahahahaa....Salam....




Opening Act utk Spider Showcase KITASATU di Hard Rock Penang

28 April 2011
Hard Rock Penang

Mlm yg bersejarah. 1o tahun yg lalu, masa SPIDER buat showcase kat kampung aku, Tawau, SABAH, aku di panggil utk buat opening act show dioarg. Malangnya time tu aku ada duty, memang x dpt nak 'rockin' dgn SPIDER...memendam rasalah jawapnya. Tapi...!!!! dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan percaya pada diri, TUHAN buka semula jalan dan peluang aku yg dulu x kesampaian. Aku buat opening act utk launching album SPIDER "KITASATU" di Hard Rock Penang... maka bermulalah episod hidup baru aku. Start dengan lagu "Cinta Zaman Berzaman", di ikuti dgn lagu "Spektakular" dan di akhiri dgn single baru aku, "Kau Masih".... Alhamdulillah respond positif....segalanya sudah bermula....akan ku gunakan peluang ini sebaik mungkin....terima kasih ALLAH. Pada manager aku Rahman, Lisha, Faiz, Luncai, Universal dan diri aku sendiri....korg 'SPEKTAKULAR'!!!



Press Conference sama Spider di Hard Rock Penang

28 April 2011

Hari ni aku di iktiraf selaku artis di bawah naungan UNIVERSAL MUSIC (DISTRIBUTOR). Time ni aku bangga jugalah, pasal aku duduk 1 meja dengan brader2 SPIDER setelah 5tahun aku bertapa di LUNCAI EMAS SDN BHD. Alhamdulillah aku telah di tabalkan di HARD ROCK CAFE PENANG.......akan ku ingat sampai bila2...