Pre-tour Promo Video untuk YAZER: Rock Steady Tour, Julai 2011

Thursday, July 14, 2011

Peta untuk ke Showcase

Assalamualaikum, semua! Alhamdulillah, semua persiapan untuk showcase esok selesai. Terharu tak terkata, ada juga family aku dari Sabah yang sanggup turun untuk support aku!!! Alhamdulillah!!!
Anyway, ada sedikit kesilapan teknikal yang mungkin mengelirukan lokasi showcase tu nanti. Confirm, di Black Box, Map@Publika, Solaris, Dutamas. Petanya aku dah upload kat fanpage FB aku: www.facebook.com/YazerYusof.
Jumpa di sana ya!!!! ROCKSTEADY!!!!!!

Wednesday, July 13, 2011

YAZER MERCHANDISE :: RAJA&HAMBA ALBUM + BATCH & T-SHIRT (6 design) in Yazer Showcase at Map KL, 15 Julai 2011 ini!!

YAZER : RAJA DAN HAMBA ALBUM RM21.90


YAZER "YZR" BADGE : RM5.00







YAZER T-SHIRT (6 design) : RM25.00





















Semua akan dijual di showcase aku esok malam. Jumpa disana, ya!

Tuesday, July 12, 2011

SHOWCASE di MapKL, Solaris

Permulaan baru untuk aku. Album sulung aku, "Raja dan Hamba" sudahpun direlease. Alhamdulillah. Sekarang ni, untuk merasmikan kedatangan album aku, terimalah, sahabat-sahabat semua, Yazer: Raja dan Hamba SHOWCASE. Diharap semua dapat hadir memeriahkan lagi suasana. ROCKSTEADY!!!! Mari kita gegarkan KL!!


Monday, June 27, 2011

TOUR DITANGGUHKAN

Berat hati aku nak katakan ni... Tapi aku perlu bgtau kauorg semua yg tour aku, terpaksa ditangguhkan. Sedih, mmg sedih. Kerja yg dibuat utk menyempurnakan tour aku ni selama ni, terbang begitu saja. Dan yg paling menyedihkan ialah tour ni ditangguhkan diatas sebab-sebab yg tak dapat dielakkan. Dah bkn rezeki utk tour aku dilangsungkan bulan Julai ni, nak buat macamana. Takpa la, aku redha, aku terima. Insyaallah, Dia ada perancangan yg lebih elok utk aku.

Berita baiknya pulak:
15hb Julai ni, aku akan adakan showcase pre-tour di MapKL Solaris. Kiranya, lepas geram tour ditangguhkan, aku akan perform jugak di KL. Tunggu la, akan aku gegarkan KL mlm tu nanti! Hehehehe...
Untuk dptkan tiket, buat masa ni, kauorg boleh contact sama organiser aku, menerusi Twitter dia, @LishaZulkepli. Tiket akan dijual utk RM30. Dan pada mlm tu jugak, akan aku jual sebanyak mana merchandise yg aku ada buat sekarang ni. Ada tshirt, poster, dan barang barang eksklusif yg lain.
Jadi, datanglah beramai-ramai, support la aku. Tunjukkan pada mereka-mereka yg tak percaya, yg muzik rock di Malaysia ni belum mati lagi. Join aku hidupkan semula muzik untuk generasi kita ni. Insyaallah, kita mampu mengubah persepsi diorg suma. ROCKSTEADY!!!

Oh, dan lagi satu. Walaupun aku masih dlm perbincangan sama organiser aku untuk tarikh dan tempat dimana tour aku ditangguhkan tu, yg aku boleh kongi sama korg ialah tour tu akan berlangsung selepas raya nanti. Jumpa suma nanti!

Tuesday, June 21, 2011

Universal Music Malaysia Cocktail Part and Showcase

Malam tadi calltime jam 12 pagi aku ke Crowne Plaza Hotel di KL untuk sound check " Universal Music Malaysia Cocktail Party and Showcase" Fuh!...Berbuih mulut aku nk sebut!!!...Hahaahha...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Tak sabar rasanya nak jumpa 30 peminat aku yang akan hadir esok ni!!!...Selamat, Raja dan Hamba sekalian!!...

Friday, June 17, 2011

Tarikh tour

Untuk pengetahuan kauorg semua, tarikh tarikh yg sebelah kiri ni dah confirm!!...ALHAMDULILLAH!!..Aku pening campur seronok campur gemuruh.....sebenarnya aku tak sbr nk mulakan tour ni...Tak sabar nk jumpa kau org semua yg selama ni menyokong aku walaupon lama menunggu album aku keluar..Tahniah da ribuan TERIMA KASIH pd kauorg semua...Aku nak jumpa kauorg semua, bergambar, berbual, bertukar pendapat dan semau ni InsyaAllah aku dpt buat nnti waktu tour aku nnti.....Jumpa di sana!!!!!

Kejutan tour

Aku ada berita baik utk kauorg semua!!...Ade beberapa kejutan yg bakal menanti kauorg waktu tour nnti...Mungkin ada yg tau opening act aku waktu aku di Penang,Ipoh dan Johar Bahru nnti ialah adik beradik Luncai jugak, band dari singapura, ARYAN....ARYAN ni mmg best!!!...diorg mmg ROCK STEADY!!...TAPI selain dari ARYAN....Jeng Jeng Jeng.....Kauorg tggu je lah...MUNGKIN ada kejutan dari sahabat lama aku dari AF...MUNGKIN ada artist baru yg tetap ROCK STEADY yg aku nk kauorg dgr lagu diaorg....MUNGKIN ada artis otai yg turut menjayakan tour aku nnti....InsyaAllah...

Doa selamat di Luncai Emas Sdn Bhd

Tadi siang kenduri doa selamat di Lunacai Emas Sdn Bhd...Doa selamat ni sempena pelancaran album abg Jeffrydin sama One Nation Emcee...Aku pn menumpang "diselamatkan" sekali pelancaran album aku "Raja Dan Hamba" yg bakal dikeluarkan ke pasaran 28hb jun ni....Aku berdoa semoga penantian aku selama 6 thn ni utk mengeluarkan album dan sekaligus perjalanan aku dlm dunia musik diberkati.....Amin!!!...InsyaAllah lps ni kauorg semua beramai ramai keluar pegi beli album aku!!!...dan beramai ramai jugaklah datang jumpa aku waktu tour aku nnti.....

Thursday, June 16, 2011

MERCHANDISE AKU!

AHAHAHA!!! Seronoknya dapat pegang merchandise pertama aku untuk TOUR ni!!!!! ALHAMDULILLAH!!!! SMART jugak! Apa pendapat kauorang?! Bangga tu muka aku! HAAHAHAHAHAHAHAHA!!



Wednesday, May 18, 2011

BiPop di Berita Harian

Tadi aku ke Berita Harian untuk sesi temubual untuk slot BiPop. Pening aku fikirkan apa nak pakai yang bersesuaian dengan imej Rock aku ni. Nasib baik ada sponsor dari Uptown Avenue yg bagi pakaian ROCK untuk sesi-sesi promotion aku sekarang ni. Alhamdulillah...

Sampai kat sana tadi, aku terselisih sama bro Yus dan Taukey dari kumpulan Jambu, Maharaja Lawak Malaysia. Seronok sangat dapat jumpa diorg!! Diorg la idola kelakar aku buat masa ni!! Hahahaha! Pecah perut aku dibuatnya...

Lepas tu, sesi temubual dan penggambaran dalam studio pun bermula. Alhamdulillah!

Ha, nak tahu apa yg diorg tanya aku tadi, belilah suratkhabar nanti ye?! Hehehe...





Rock Selamba di Muzik FM

Maaf, dh lama aku tak update blog ni... Sibuk dengan promo media untuk "Raja dan Hamba" kebelakangan ni.

Haritu, aku dijemput untuk slot "Rock Selamba" oleh Muzik FM. Jam 3 hari Rabu lepas aku ke udara, kauorg ada dengar tak??? Hehehehe...

DJ Ritz dan DJ Kroll mmg ROCK STEADY!! Ini kali kedua aku dijemput ke sana. Siap ditunjuk lagi pada aku gambar aku waktu aku ke sana kali pertama dulu! Aduh, berisinya aku waktu tu!!! Alhamdulillah, dengan aktiviti bersukan ytang aku amalkan sekarang ni, dapat la aku kawal berat badan aku! Penting tu, naikkan stamina untuk menyanyi dan lompat-lompat atas stage nanti!!! Hehehe...

Terima kasih kepada Muzik FM kerana menjemput aku. Seronok aku berbual sama kauorg! Jemput la lagi, ye? Hehehehe....




Monday, May 9, 2011

Malaysia Hari Ini

Pagi tadi aku ke TV3 lepas sarapan di Bandar Utama, untuk siaran MHI. Aku nyanyikan lagu versi akustik "Kau Masih" ngan "Spektakular". Naik gila aku, dh la belum tidur lagi tu!!! Hahaha... Nasib baik aku pulihkan semangat, berdoa, hilang la ketar utk sesi interview dan nyanyian aku tu!!! Alhamdulillah!!!

Terima kasih kepada MHI kerana sudi menjemput aku. Sound kauorg mmg best!!! Mudah-mudahan dgn siaran tadi, ramai lagi yg dtg ke sini utk mengetahui lebih lanjut ttg tour aku tu nanti. Insyaallah...

Rabu ni, aku ada interview di Suria FM jam 3 ptg. Dengar, jgn tak dgr!! Hehehehe...




Tuesday, May 3, 2011

Video Persembahan Di Hard Rock Penang

INI VIDEO AKU WAKTU PERSEMBAHAN UNTUK SPIDER DI HARDROCK PENANG ITU HARI!! TERIMA KASIH BUDIEY.COM..KAUORG YG LAIN..ENJOY!!! ROCK STEADY!!!
DAN, AKU HARAP, PERSEMBAHAN INI AKAN DIATASI DENGAN PERSEMBAHAN YG AKAN AKU BUAT UNTUK TOUR NANTI! AWAS SEMUA!!! HEHEHE..

Monday, May 2, 2011

Berhenti Sekejap di PerakFM

29 April 2011

Mengembara dari Penang-PerakFM. Kitaorg gamble,dgn xde temujanji. Kitaorg di sambut baik dgn staff2 di situ.Terima kasih pada DJ Mim dan DJ Wanis sebab bagi peluang kitaorg buat promo utk org2 kat Perak. 100% komitmen aku bagi walaupun lidah kerasssss!!! menyebut lorat Perak....so pd peminat aku kat Perak,dengarkan single terbaru aku "Kau Masih" di PerakFM...untuk kome aje!!!! Hahahahahaa....Salam....




Opening Act utk Spider Showcase KITASATU di Hard Rock Penang

28 April 2011
Hard Rock Penang

Mlm yg bersejarah. 1o tahun yg lalu, masa SPIDER buat showcase kat kampung aku, Tawau, SABAH, aku di panggil utk buat opening act show dioarg. Malangnya time tu aku ada duty, memang x dpt nak 'rockin' dgn SPIDER...memendam rasalah jawapnya. Tapi...!!!! dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan percaya pada diri, TUHAN buka semula jalan dan peluang aku yg dulu x kesampaian. Aku buat opening act utk launching album SPIDER "KITASATU" di Hard Rock Penang... maka bermulalah episod hidup baru aku. Start dengan lagu "Cinta Zaman Berzaman", di ikuti dgn lagu "Spektakular" dan di akhiri dgn single baru aku, "Kau Masih".... Alhamdulillah respond positif....segalanya sudah bermula....akan ku gunakan peluang ini sebaik mungkin....terima kasih ALLAH. Pada manager aku Rahman, Lisha, Faiz, Luncai, Universal dan diri aku sendiri....korg 'SPEKTAKULAR'!!!



Press Conference sama Spider di Hard Rock Penang

28 April 2011

Hari ni aku di iktiraf selaku artis di bawah naungan UNIVERSAL MUSIC (DISTRIBUTOR). Time ni aku bangga jugalah, pasal aku duduk 1 meja dengan brader2 SPIDER setelah 5tahun aku bertapa di LUNCAI EMAS SDN BHD. Alhamdulillah aku telah di tabalkan di HARD ROCK CAFE PENANG.......akan ku ingat sampai bila2...




Wednesday, April 27, 2011

Interview sama Mutiara FM

AKU TGH TUNGGU TURN AKU UNTUK DI INTERVIEW DI MUTIARA FM NI...SEKARANG TURN SPIDER...NAMPAK TAK AYIE, NAPIE NGAN TONY DI BELAKANG TUH??! HEHEHE..TERIMA KASIH MUTIARA FM!!! KAU ORG MMG ROCK STEADY!!!

Universal dan Selebihnya

SEMLM BALIK DARI SHOW DI TAWAU AKU TERUS KE UNIVERSAL MUSIC DI PETALING JAYA UNTUK DISCUSS PASAL LAUNCH ALBUM AKU, "RAJA DAN HAMBA". ALHAMDULILLAH...SUMA BAIK...SEMPAT LAGI TU AKU BERGAMBAR DI OFIS DIAORG..HAHAHA...ADA JUGA YG MENYIBUK NAK BERGAMBAR JUGA, JADI NI LA, GAMBAR AKU, DGN YG LAIN SAMA MANAGER AKU, LISHA DAN RAHMAN DAN JUAN DARI UNIVERSAL...SEKARANG NI AKU BERADA DI HARD ROCK PENANG MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK PERSEMBAHAN AKU UNTUK LAUNCHING ALBUM SPIDER "KITASATU"...SOUNDCHECK PUKUL 3 PAGI NANTI NI...ESOK SHOOTING LAGI START DARI PAGI SAMPAI SEBELUM SHOW START KOL 9 MLM NANTI. ALHAMDULILLAH, SPONSOR WARDROBE AKU YG TEGAR, UPTOWN AVENUE DPT BAGI BAJU BAJU YG ROCK GILA UNTUK AKU PAKAI NANTI!!! TERBAIK LA KAUORG!!! TERIMA KASIH BYK BYK!!!OOOPS, AKU KENA PEGI...ADA INTERVIEW SAMA MUTIARA FM...ROCK STEADY, SUMA!!!!






Tuesday, April 26, 2011

CALLER RINGTONE

Hello semua! Dapatkan caller ringtone aku sekarang!

Untuk MAXIS: *131*, tekan SEND/CALL
Code untuk single terbaru aku, "Kau Masih", 206427.

Untuk DIGI, hantarkan RBTCT kepada 2000.
Code untuk single terbaru aku, "Kau Masih", 10100607595.

Untuk CELCOM: *188*#, tekan SEND/CALL.
Code untuk single terbaru aku, "Kau Masih", 114056.

Terima kasih semua! Alhamdulillah!

Friday, April 15, 2011

Shoot Hari Pertama di Luncai Emas

GAMBAR-GAMBAR DARI SESI FOTOGRAFI DAN VIDEO UNTUK PROMO TOUR AKU HARI NI... ALHAMDULILLAH, WALAUPUN HUJAN, KITAORG TETAP DAPAT SHOT SHOT YANG KITAORG CARI, SEBAB KITAORG SHOOT DALAM STUDIO. HEHEHEHE...
SERAK SUDA SUARA AKU DISURUH MENYANYI LAPAN BELAS KALI UNTUK VIDEO. ESOK MAU SHOOT DI KL PULAK. THANKS LUNCAI EMAS. SALAM SEMUA! ROCK STEADY!!!
OH. DAN AKU JUMPA SUDAH IMEJ BARU UNTUK DIRI AKU. NANTIKAN WAKTU TOUR NANTI, YA? HEHEHEHEHE...




Thursday, April 14, 2011

Blog Post Pertama Yazer Buat Peminat

Kita kongsi gambar Yazer sewaktu menulis buat pertama kalinya di blog ini! -KKP


Misi Mencari Baju Untuk Photoshoot Pre-Tour

BARU SETEL CARI WADROBE,JUMPA JUGA AKHIRNYA HEHHEHE....
SO ESOK NAK PREPARE UTK PHOTOSHOOT PROMO TOUR ROCK STEADY,INSYALLAH DALAM JULAI NI AKAN BERMULA....APA2 HAL PUN THANKS TO RAHMAN,LISHA,KORG BANYAK TOLONG AKU,"YA ALLAH" MUDAHAN APA YG KAMI USAHAKAN TAHUN NI AKAN BERLAKU DGN JAYANYA INSYALLAH....TO UPTOWN AVENUE,THANKS PASAL SPONSOR KITAORG WADROBE YG BEST2...."LONG LIVE ROCK N ROLL" SALAM....